Ini Contoh Skrip Follow Up Yang Buatkan Prospek Anda Buat Bayaran Segera!

Oleh: Rahman Basri
Saya perasan ramai peniaga yang mati akal untuk buat follow up apabila prospek yang dah mesej di whatsapp / sms / fb tiba-tiba senyap bila dah tahu harga produk dan dapat maklumat akaun bank untuk bayaran.
Daripada tinjauan yang dilakukan kepada peniaga-peniaga online ini, kebanyakan mereka hanya akan berdiam diri dan akan menunggu prospek mesej mereka semula.
Yang menyedihkan ialah hampir 60% prospek akan terus senyap bila dah tahu harga produk.
Bayangkan jika satu produk anda yang terjual anda boleh menghasilkan RM50 untung. Sekiranya daripada 10 orang prospek yang berminat, 6 terus senyap, bermaksud anda sudah kehilangan RM300 begitu sahaja.
Persoalannya..
Bagaimana nak jadikan prospek lebih teruja buat bayaran?
Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila berhadapan situasi sebegini… Jangan gelabah.
Anda hanya perlu berikan mereka sedikit masa dan ruang untuk mereka membuat bayaran. Lakukan follow up semula hanya selepas 24 jam. Ini kerana kebanyakan prospek tidak memiliki akaun Maybank2u atau CIMB online, dan menyebabkan mereka perlu membayar melalui mesin ATM yang mungkin terletak jauh dari lokasi mereka.
Jangan desak pelanggan untuk buat bayaran segera. Tetapi anda boleh bantu mereka buat keputusan untuk segera buat bayaran dengan memberikan sebab yang munasabah.
Elakkan menggunakan skrip di bawah:
“Dah bank in ke?” “Bila lagi nak bayar?”
.. dan mana-mana skrip follow up yang seakan mendesak untuk mereka bank in dengan segera.
Ini akan menyebabkan prospek merasakan diri mereka didesak untuk buat bayaran, dan kemungkinan besar mereka akan mengambil keputusan untuk tidak membeli produk yang dijual dan akan mencari penjual lain.
Sebaliknya, anda boleh gunakan teknik psikology semasa melakukan follow up. Ini akan membantu mereka untuk buat keputusan untuk segera buat bayaran. Dan yang lebih menariknya ialah mereka sendiri teruja untuk buat bayaran segera.
Lihat antara hasil jualan selepas saya menggunakan skrip follow up ini:

Untuk membantu jualan anda, ini saya kongsikan 2 contoh skrip follow up yang saya gunakan..
Situasi 1:
Jika prospek senyap bila dah tahu harga, anda boleh gunakan skrip follow up seperti berikut.
“Maaf mengganggu.. Puan masih berminat untuk dapatkan produk ABC. Sebab sekejap lagi saya akan ke pejabat PosLaju untuk penghantaran hari ini. Jika puan nak selitkan order, boleh maklumkan pada saya ya.. ☺ ”
Situasi 2:
Jika prospek senyap selepas dah tahu maklumat akaun bank anda, anda boleh follow up begini;
“Salam puan.. Boleh saya dapatkan Nama Penuh, No. HP dan alamat puan? Jika puan confirm order, saya akan poskan sekali produk ABC hari ini. Sebentar lagi saya akan ke pejabat Poslaju untuk penghantaran.
Kedua-dua skrip di atas nampak lebih mesra dan tidak menekan prospek.
Apa yang paling penting ialah anda tidak perlu takut untuk lakukan follow up kepada prospek anda. Kerana kadangkala bukan sebab mereka tak berminat dengan produk anda, tapi mereka terlupa untuk buat bayaran.
Kedua-dua skrip di atas telah terbukti berkesan menghasilkan jualan segera untuk produk fizikal yang saya promosikan sebelum ini. Anda boleh mencuba sendiri skrip ini untuk menguji keberkesanannya kepada prospek anda. Rasai hasilnya.
Saya doakan anda berjaya close sale produk anda dengan lebih mudah.
Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni saya dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak Close Sale lebih mudah di internet ni.
Apa yang saya share ni sebahagian kecil sahaja daripada content ebook yang telah saya dokumenkan. Dalam ebook tu saya ada berikan contoh kempen iklan Facebook Ads yang saya gunakan untuk mengumpul database prospek, kemudian bagaimana saya lakukan follow up & close sale, serta mengurus database pelanggan.
Jika anda seorang peniaga produk fizikal di internet, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.
Keduanya, saya ajar teknik close sale yang simple yang anda boleh terus praktiskan.
Saya tunjuk beberapa step penting yang patut anda buat sebelum close sale, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual produk fizikal anda.. Saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.
Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai untuk anda ajarkan kepada staf dan ejen-ejen anda kelak.
Jika anda berminat boleh boleh klik butang di bawah untuk dapatkannya dengan harga istimewa!
Semoga bermanfaat!