Jangan Putus Asa Dan Kecewa!

Emel yang sering saya terima..

"Tuan Rahman! saya dah buat macam-macam pasal internet business tetapi tidak ada satu pun yang berjaya… Habis duit adalah, saya dah hilang kepercayaan dan rasa tertipu… nak cerita pun malas"

Jika anda sedang alami situasi yang sama, anda jangan bimbang.. kerana dulu saya juga pernah alami perkara yang sama.

Di sini saya ceritakan serba sedikit berkenaan diri saya dan perniagaan internet saya.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar kepada anda.

Perniagaan Internet Saya Bermula

Semasa praktikal sebagai guru di sekolah menengah di Brickfield, KL selama hampir 5 bulan, saya ambil keputusan untuk luangkan banyak masa untuk belajar perniagaan internet dengan lebih mendalam.

Bertitik tolak dari situ lah saya mula cari peluang untuk buat online business secara part time..

Saya berfikir macam ni..

"..kalau lah aku gunakan MASA, TENAGA dan COMMITMENT yang aku beri pada sekolah untuk perniagaan aku sendiri, pastinya perniagaan aku pun boleh berjaya dan yang lebih penting saya buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain… own satisfaction!"

Jadi perjalanan bermula disini. Ketika itu awal tahun 2010 kalau tak silap saya.

Saya seperti anda juga, lepas balik dari mengajar di sekolah.. saya buat search di Google, cari bagaimana nak buat online business yang tidak memerlukan banyak masa dan saya boleh buat part time memandangkan masa saya terhad. Praktikal.

Tak Faham & Rasa Kecewa

Saya mula beli pelbagai ebook & video panduan untuk belajar bagaimana nak buat duit secara online.

Seingat saya, antara produk pertama yang saya beli ialah berkenaan panduan buat duit melalui Youtube. 3 bulan saya fokus buat seperti yang ditunjukkan. Namun, belum berhasil.

Sampai sekarang produk itu masih saya simpan, .. RUGI? Tidak! Sebab saya banyak belajar skill baru dalam panduan tersebut.

Saya PUTUS ASA? KECEWA? No Way!

Kemudian dalam pencarian saya tu saya terjumpa satu laman web yang owner dia adalah budak muda. Saya kagum sebab dalam usia yang masih muda mungkin masa itu sekitar awal 19 dah berjaya buat duit yang banyak.

On the spot, next day saya terus beli produk beliau sebab pertamanya saya memang minat dengan produk tersebut yang mengajar untuk buat duit secara online dan kedua saya tertarik dengan strategi yang beliau gunakan.

Knowledge & Skills First

Saya tak berhenti di situ sahaja.

Bermula saat itu, saya makin giat belajar tentang internet marketing, apa itu Lead Capture Website, opt-in, Autoresponder (Email Marketing), Blogging, Affiliate, dan sebagainya dan fikiran saya mula terbuka seluas-luasnya mengenai internet marketing.

Beberapa bulan selepas itu, saya berjaya hasilkan komisyen dalam RM1,000 melalui produk affiliate yang saya promosikan. Semua saya buat secara online. Kawan serumah dengan saya pun terkejut! (Sebab saya boleh belanja dorang pegi makan & main bowling di Sogo.. haha!)

Masa itu memang saya nekad dan determination, saya memang terus terjun dan berenang. Saya cakap dalam hati saya, aku mesti belajar, buat dan praktikkan.

Menjana pendapatan online saya letak belakang dulu, yang UTAMA ialah KNOWLEDGE dan SKILLS. Tak pandang belakang lagi dah… kalau satu benda tu saya tak tahu, saya akan baca dan buat sampai faham.

Menulis Ebook & Berkongsi Ilmu

Memandangkan saya lihat ramai orang baru yang nak belajar buat duit secara online, saya mula menulis ebook yang berkongsikan pengalaman saya buat RM1k pertama di internet.

Mula-mula saya hanya releasekan ebook secara percuma terlebih dahulu. Saya pun mengumpul email list subscriber yang berminat untuk baca ebook saya. Tak sangka ada lebih 1,000 email list yang saya berjaya collect kerana mereka semuanya berminat untuk baca ebook percuma saya.

Bermula dari situ, saya semakin agresif untuk mengumpul email list. Dari 1000 list, ia berkembang menjadi 5k-10k list.

Yang paling best, bila saya saya mula jual satu Video Course kepada list saya, saya berjaya hasilkan jualan sekitar RM40,000dalam tempoh sebulan. Saya sendiri terkejut.

Sabar, Fokus dan Konsisten

Kalaulah dari awal dulu saya sudah kecewa dan putus asa, ini mungkin tidak akan terjadi.

Jadi jangan sekali-kali anda putus asa dan kecewa dalam berusaha membina perniagaan internet anda, setelah anda pastikan apa yang anda niagakan itu LEGAL dan VIABLE, teruskan belajar, fahami, praktikkan dan kalau buat salah pun tak apa sebab belajar.

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, letakkan "menjana pendapatan" nombor dua. Apa yang penting ialah KNOWLEDGEdan SKILLS yang anda perlu anda bina untuk diri anda.

Belajar

Kalau tak tahu buat blog, lapangkan masa belajar buat blog, buat website, minisite, squeeze page, landing page, autorepsonder dan sebagainya.

Mahirkan teknik dan cara untuk membawa trafik ke laman web atau blog anda, mahirkan teknik email marketing, blogging dan sebagainya.

Sebulan, dua bulan, 6 bulan dan mungkin juga setahun anda perlukan untuk mula membuahkan hasil dalam perniagaan internet tidal mengapa sebab itu satu proses yang perlu anda lalui.

No Magic!

"No Magic" Please…

Berapa banyak hari, minggu, bulan dan tahun yang sudah lepas dalam hidup anda tanpa anda mahirkan diri anda dengan internet marketing dan anda mengharapkan sesuatu yang "MAGIC" berlaku tiba-tiba anda terjumpa kononnya lubuk emas, perigi duit dan tah apa-apa lagi yang boleh jadikan anda KAYA sekelip mata.

It Will NEVER Happen That Way!

Kesimpulanya, jangan sekali-kali putus asa dan kecewa. Rancang betul-betul dan mulakan, stay fokus. Jangan lompat dari satu program ke satu program, anda tidak akan kemana.

Kalau anda baru nak mulakan bisnes di internet, anda boleh mulakan dengan menjual produk digital, sama ada anda hasilkan sendiri ataupun anda jualkan produk orang lain sebagai affiliate.

Make your first dollar then the rest will come. Yakin lah Rezeki Dari Allah!

PS. Jika anda berminat untuk belajar berkenaan Bisnes Produk Digital, iaitu cara bagaimana menghasilkan produk digital yang boleh berikan pendapatan pasif setiap bulan kepada anda, saya ada kongsikan di sini bagaimana strategi yang saya dah gunakan untuk hasilkan produk digital.

submit button