"Mari Saya Tunjukkan Strategi Bagaimana Untuk Anda Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan Melalui Google!"
Hai kenalkan saya Mohd Shamsuriyadi.
Hari ini saya nak kongsikan kepada anda bagaimana strategi untuk anda menambahkan pelanggan melalui pengiklanan di Google Ads.
Dan untuk pengetahuan anda, Google Ads adalah antara platform pengiklanan online kedua terbesar selepas Facebook Ads.
Saya sendiri secara personal sudah pun terlibat dengan pengiklanan di Google Ads sejak 10 tahun lepas lagi (sebelum ini ia dikenali sebagai Google Adwords).
Saya juga telah menulis 2 buah buku yang diterbitkan oleh syarikat PTS.

Apa yang menariknya, dengan pengiklanan di Google Ads, pelanggan akan mencari anda bukan anda mencari pelanggan.
Dengan iklan yang spesifik mensasarkan masalah mereka. Anda akan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan produk yang anda tawarkan apabila mereka membuat carian di Google.
Cara nak gunakan Google Ads ni sebenarnya takdela sukar sangat. Apa yang penting ialah anda kena pandai untuk mensasarkan audien. Kalau anda tersilap pilih audiens, anda akan kerugian modal.
Anda tahu tak yang setiap saat terdapat kira-kira 2.3 juta carian yang dilakukan di halaman Google dan terdapat 1.17 bilion pelawat unik setiap bulan? Angka itu besar untuk bisnes anda.
Lihat contoh berikut:




Jika anda perasan, apabila prospek menaip keyword tertentu di ruangan Google, maka hasil carian yang dipaparkan di bahagian atas sekali adalah mereka yang melakukan iklan di Google Ads.
Jadi ini adalah kelebihan buat anda jika anda lakukan pengiklanan di Google Ads.
Anda tidak perlu cari pelanggan, tapi pelanggan yang mencari anda.
Justeru untuk membantu anda menggunakan Google Ads ini dengan lebih berkesan, saya ada sediakan panduan langkah demi langkah dalam bentuk video.
Video Tutorial Google Ads!

Video Google Ads ini direka khas buat anda yang masih baru dan intermediate dengan pengiklanan di Google.
Ia merangkumi asas-asas pengunaan Google Ads, strategi bagaimana melancarkan kempen di Google Ads dengan betul, serta bagaimana untuk mengoptimasikan kempen tersebut supaya anda dapat memaksimumkan pulangan daripada pelaburan anda.
Apa yang paling penting ialah cara untuk anda setup iklan yang memberikan pulangan dan pada kos yang sangat murah. Saya yakin inilah yang dicari-cari oleh ramai orang yang terlibat dalam pengiklanan di internet iaitu mendapat jualan pada kos yang rendah.
Berikut ini adalah antara topik yang saya terangkan di dalam panduan Google Ads ini.
Setiap video cuma berdurasi 2-10 minit dan saya terangkan dengan kaedah yang mudah difahami.

Pengenalan Google Ads
Dalam video ini diterangkan tetang apakah Google Ads dan jenis-jenis iklan yang boleh anda lakukan dengan akaun anda. Terdapat 5 jenis akaun iaitu Search Network, Display Network, Video, App dan Shopping.

Buka Akaun Gmail
Dalam video ini ditunjukkan cara untuk membuka akaun gmail bagi mereka yang tak tahu atau belum ada akaun gmail. Google mengunakan kaedah 1 akaun untuk semua perkhidmatan mereka. Dengan 1 akses ini, anda boleh akses pelbagai jenis perkhidmatan Google seperti gmail, adsense, ads, blogger, drive dan sebagainya.

Buka Akaun Google Ads
Dalam video ini, untuk membuka akaun Google Ads. Apa yang perlu anda sediakan ialah akaun gmail, kad kredit/debit dan juga laman web yang berfungsi.

Mencipta & Setting Iklan Search Network
Dalam video ini diterangkan cara langkah demi langkah untuk setting iklan Search Network. Anda juga ditunjukkan cara untuk mengelakkan berlaku pembaziran dengan mendapat klik daripada sumber selain google. Anda juga diterangkan bagaimana untuk dapatkan kos CPC murah.

Setting Google Analytics
Dalam video ini, anda diterangkan untuk mengunakan salah satu perkhidmatan Google Analytics iaitu salah satu perkhidmatan percuma Google. Ia adalah salah satu cara untuk mengumpul Audience List bagi kegunaan Remarketing yang diterangkan dalam Video Mencipta Kempen Remarketing Dalam Display Network atau teknik saka.

Fungsi & Location Untuk Perniagaan Tempatan
Dalam video ini menerangkan tentang kepenting setting location untuk perniagaan tempatan. Saya tunjukkan cara yang betul dan mendapatkan prospek yang targeted dengan cara ini.

Mendapatkan Idea & Kajian Keyword
Dalam video ini, anda diterangkan tentang cara mudah untuk mencari idea dan membuat kajian katakunci yang sesuai untuk produk dan laman web anda.

Fungsi Keyword Matching
Dalam video ini, diterangkan jenis-jenis keyword mathing yang terdapat dalam Google Ads dan bagaimana ianya berfungsi terhadap carian yang dilakukan di Google.

Setting Kod Remarketing List/Audience List
Dalam video ini ditunjukkan cara untuk mendapatkan kod remarketing bagi tujukan mengumpul audience list. Ianya digunakan untuk mencipta iklan yang akan mengikut mereka yang pernah melawat laman web kita seperti saka dalam kepercayaan orang Melayu.

Ads & Extentions
Dalam video ini, diterangkan fungsi-fungsi extention yang terdapat dalam Google Ads. Pengunaannya dapat membantu dalam meningkatkan impak iklan anda di mata pelawat.

Quality Score & Ad Ranking
Dalam video ini diterangkan fungsi Quality Score dan juga bagaimana Ranking iklan di Google. Anda akan ditunjukkan cara untuk meningkatkan ranking iklan anda dengan mudah.

Pengurusan Akaun Google Ads
Dalam video ini diterangkan cara untuk menguruskan akaun Google Ads anda.

Post Mortem Search Terms
Dalam video ini ditunjukkan cara untuk membuat analisis trafik carian yang telah klik iklan anda. Saya terangkan bagaimana untuk menjimatkan kos dengan menapis keyword yang tidak memberikan hasil kepada kita.

Mencipta & Setting Iklan Google Display Network
Dalam video ini ditunjukkan cara untuk mencipta iklan Google Display Network termasuk iklan Remarketing.

Return Of Investment Pengiklanan
Dalam video ini diterangkan tentang ROI bagi pengiklanan di Google dan bila untuk Cut off jika kempen tidak memberikan hasil.

Billing & Payment
Dalam video ini, diterangkan bagaimana Billing Google dan bilakah ia akan dicaj.

Rumusan & Penutup
Ia adalah video penutup. Isu yang ditimbul dalam pengiklanan Google Ads.
Berapa Harga Untuk Dapatkan Panduan Google Ads Ini?
Jangan bimbang kerana saya ada berita baik buat anda!
Jika nak saya bantu anda dapatkan lebih ramai pelanggan melalui Google, hari ini saya ada offer istimewa.
Anda hanya perlu bayar RM350 RM150 sahaja!
Ya, anda hanya perlu bayar RM150 sekali untuk memesan Video Panduan Google Ads ini.
Bukan itu sahaja.
Untuk jadikan pelaburan anda ini lebih berbaloi-baloi untuk anda, saya akan bagi 6 Bonus Special berikut:
- Tutorial Fungsi Auction Insight Untuk Prestasi Kempen
- Strategi Mendapatkan CPC Yang Rendah Dalam Kempen Iklan
- Kupon Google Ads
- Video Perubahan terbaru Google Ads
- Video bagaimana menetapkan Google Business / Location
- Video Strategi Promosi Produk Affiliate di Google Ads
- Group support di Facebook. Anda boleh tanya sebarang persoalan berkaitan Google Ads di situ kelak.

Harga Istimewa
RM350 RM150 Sahaja!

Ya. Anda hanya perlu bayar RM150 sekali untuk memesan Panduan Google Ads ini beserta dengan bonus di atas!
Pelaburan ini adalah sangat rendah berbanding dengan keutungan yang bakal anda peroleh kelak.
Klik butang di bawah untuk buat tempahan sekarang!
Saya mahu anda cuba sendiri panduan yang saya sediakan ini tanpa sebarang risiko. Jadi, saya beri tempoh 7 hari untuk anda mencuba sendiri ilmu yang saya kongsikan ini, dan jaminan wang 100% anda dikembalikan jika anda tidak berpuas hati dengan panduan ini.