SJP SECURE PORTAL

Seni Facebook Group

Di sini saya akan kongsikan bagaimana untuk anda menggunakan kaedah percuma di Facebook group untuk menarik lebih ramai pelawat datang ke webreplika anda.

Konsepnya mudah.

Semakin ramai orang yang melihat tawaran anda di webreplika, maka semakin tinggi jumlah emal prospek yang anda boleh peroleh.

Saya yakin ada di antara anda yang masih belum mempunyai modal dan budget untuk iklankan webreplika (squeeze page) menggunakan platform berbayar seperti Facebook Ads, Google Ads dan sebagainya.

Justeru, tutorial Seni Facebook Group ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk anda mengiklan webreplika anda menggunakan kaedah percuma di Facebook group dengan cara yang lebih berkesan.

JOIN FACEBOOK GROUP

Apa yang anda perlu lakukan ialah anda sertai group-group Facebook yang ramai ahlinya dan kumpulkan kepada 7 groups yang berasingan.

Di dalam setiap group anda boleh letakkan 5-10 group.

Saya cadangkan anda asingkan mengikut hari.

Ini akan memudahkan anda untuk post di group tersebut berdasarkan hari tertentu (nanti saya terangkan caranya).

Apa yang perlu lakukan sekarang ini ialah anda perlu kenalpasti senarai group Facebook yang ramai ahlinya, yang terdiri daripada kategori berikut:

  • Group Tips – group yang ahlinya suka berkongsi tips seperti tips ibubapa, keluarga, kewangan, diet, resepi dll.
  • Group Penduduk – group yang ahlinya penduduk bandar atau daerah
  • Group Universiti – group universiti atau kolej yang ada di seluruh Malaysia
  • Group Hobi – group seperti photography, memancing dll
  • Group Bisnes – group yang berbincang pasal bisnes

Sebagai contoh, anda boleh mulakan untuk join group jenis Penduduk.

Setiap bandar dan daerah biasanya ada group masing-masing.

Contoh saya tinggal di Kajang. Bila saya taip keyword 'Kajang', group yang disenaraikan adalah seperti berikut:

Anda hanya perlu join group yang mempunyai ahli yang ramai.

Di samping itu anda juga boleh join group dari dearah / bandar yang lain.

Anda boleh join semua group yang anda jumpa, tetapi elakkan join semua serentak. Bimbang Facebook akan ban anda atas sebab SPAM.

Caranya ialah dengan anda join 5 group dalam tempoh sejam. Nanti sejam kemudian, anda cuba join 5 lagi group lain.

Atau sehari anda join maksimum 20 group yang berasingan sahaja.

Ulang sahaja teknik ini setiap hari.

Selepas anda selesai join group-group ini, barulah anda boleh asingkan setiap group mengikut hari.

Di dalam setiap group anda boleh letakkan 5-10 group.

  • Group Hari Isnin
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Selasa
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Rabu
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Khamis
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Jumaat
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Sabtu
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10
  • Group Hari Ahad
  • Group 1
  • Group 2
  • Group 3
  • Group 4
  • Group 5
  • Group 6
  • Group 7
  • Group 8
  • Group 9
  • Group 10

Selepas anda berjaya senaraikan group mengikut hari, kini anda sudah mula boleh lakukan promosi menggunakan teknik SWS.

Untuk menggunakan teknik SWS ini, antara perkara yang anda perlu lakukan ialah:

  • Bina Facebook Page

Saya sarankan agar anda bina satu page dengan nama yang agak general seperti Pen Hijau Press, Pen Biru Network, Pena Comel, Blog Husna, Cili Hijau, Blog Ahmad, dan lain-lain.

Tujuannya supaya orang tak nampak sangat yang anda sedang melakukan promosi dan jualan di facebook page tersebut.

  • Post artikel di Facebook page

Selepas anda membina facebook page, maka langkah seterusnya ialah anda perlukan post link artikel anda di sini.

Ini contoh posting artikel yang saya buat di facebook page saya:

  • Share post tersebut di dalam group

Kemudian, barulah anda boleh share posting artikel tersebut ke setiap group yang anda dah asingkan tadi.

Lihat langkah demi langkah bagaimana untuk anda share di group:

Ini hasilnya.

Posting anda di dalam group tersebut tak nampak pun menjual, kerana anda hanya berkongsi posting artikel dari Facebook page sahaja.

Sebagai contoh, pada hari Isnin anda ada 10 group yang anda telah senaraikan.

Maka anda boleh mula share posting di group tersebut secara berkala.

Ingat, jangan share kepada kesemua 10 group tersebut secara serentak, bimbang Facebook ban anda.

Anda perlu share secara berkala.

Contohnya, setiap kali selesai solat fardhu. Anda share di 2 group sahaja.

Jadi, dalam sehari kan ada 5 waktu solat, maka selesailah anda share di 10 group secara berkala.

Subuh - share 2 group

Zohor - share 2 group

Asar - share 2 group

Maghrib - share 2 group

Isyak - share 2 group

Anda hanya perlu share 1 posting artikel sahaja sehari.

Kemudian esok, anda ulang perkara yang sama. Share posting artikel yang sama, tapi kepada group Hari Selasa.

Jadi, satu artikel anda share di 7 kumpulan group selama seminggu.

Minggu hadapan barulah anda share artikel yang berikutnya.

Mudah kan?

Anda hanya perlu lakukannya proses di atas secara konsisten.

Insyaallah anda akan mula lihat hasilnya.

Jumlah email prospek akan bertambah dari hari ke hari.

Dan anda jangan bimbang pasal proses follow up dan close sale, itu semua Sistem Jualan Pro yang akan lakukan untuk anda.

Tugas anda cuma promosikan artikel dan kumpul email prospek sahaja.

Bayangkan jika dalam sehari anda berjaya kumpul 10-20 email prospek pun dah memadai.

Seminggu anda dah ada sekurang-kurangnya 70-140 email prospek.

Sebulan, anda mungkin dah kumpul 280 - 560 email prospek secara percuma menggunakan strategi Seni facebook group ini.

Kuncinya, KONSISTEN.

Jika 10% daripada jumlah prospek ini membeli produk affiliate, maka anda sudah ada 20-50 pembeli setiap bulan.

Jika komisyen yang anda peroleh untuk setiap produk ialah RM40. Maka jumlah komisyen bulanan anda dah mencecah RM800 - RM2,000!

Insyaallah, tiada yang mustahil buat anda.

Apa yang penting ialah anda lakukan dengan penuh bersungguh-sungguh. Kemudian doa minta Allah permudahkan rezeki anda.

Ingat, marketing (promosi) adalah kunci utama untuk bawa lebih ramai pelawat datang ke blog anda.

Jadi untuk generate more income melalui blog, anda perlu lakukan proses marketing secara konsisten. Semoga berjaya!